Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 6 December 2011

Andai itu maksudMU


Bila kau kata kau cinta..
Adakah kau tahu maksudnya..
Adakah kau tahu menghargainya..
Bila kau kata kau sayang..
Adakah itu ikhlas dari hatimu..
Adakah itu bermakna buat dirimu..
Bila kau kata kau rindu..
Adakah benar kau merinduiku..
Adakah benar aku yang kau mahu..
Andai itu kata-kata yang ingin kau ungkapkan..
Bicaralah dari mulutmu..
Ikhlaslah dari hatimu..
Katakanlah semua itu semata-mata kerana Allah..
Jika ia benar seperti itu..
Sungguh aku amat bahagia mendengarnya..
Kerana cintamu padaku tidak melebihi cintamu padaNya..
Itulah anugerah paling indah..
Kau dicipta olehNya buat diriku..
Terima kasih..
Hanya itu mampu aku katakan..
Sungguh tak terluah rasanya..
Tak terucap dengan kata-kata..
Hanya kau yang ku mahu..

No comments:

Post a Comment