Daisypath Anniversary tickers

Friday, 23 November 2012

utk KAMU sayang


Pandanglah kamu pada wajahku
Lihatlah dengan matamu
Rasailah dengan hatimu
Antara kau dan aku ada ceritanya
Jarak menjauhkan kita
Tapi hati tetap bertemu
Kerana rinduku hanya padamu
Ku anyam rinduku di awan biru
Agar kau lihat agar kau tahu   
Aku sentiasa di sisimu
Dugaan datang tak ku sedari
Aku lupa seketika status diri
Mungkin Allah mahu menguji
Diberi aku dugaan sebegini
Terima kasih Ya Allah jagakan aku segera
Aku tersedar  silapku padanya
Ku tatap kembali gambarnya di dalam dompetku
Andai sahaja dia tahu perbuatanku
Masih adakah senyuman itu untukku
Aku menyesali perbuatan ku itu
Aku menanggis memohon maaf walau tidak dia dengari
Mungkin itu jalan terbaik bagi aku saat ini
Dia adalah yang terbaik buat diriku
Cuma aku yang tidak tahu menghargai
Terima kasih kerana  masih menyayangi diriku ini.
Dan maaf lah aku yang bersalah..

Tuesday, 6 November 2012

Sikecil itu bersuara


Tngah syok2 baca post org (mcm perangai leh kita tengok)..mata aku berhenti dekat satu post ni..hati aku tiba2 je tetarik nk baca..bila dh abs baca satu je yg aku rasa (sedih)..klau laa si ibu 2 btul2 leh dengar..klau laa si kecil tu btul2 leh bersuara dn brckp dgn si ibu..hmm tu smua hnya dgn satu perkataan (klau laa) pasti smua tu x terjadi dan si kecil tu pasti dpt melihat dunia ni..bila nafsu menguasai diri..bila diri tiada lg rasa takut..bila keseronokkan dunia yg dikeja..inilah yg trjadi..sikecil yg x berdosa menjadi mangsa..

Kisah Seorang Anak Di Dalam Rahim Yang Di Gugurkan ..


Bulan 1: Bu , panjang adik cuma 2cm , tp adik sudah ada dalam
badan ibu .. Adik syg ibu , bunyi degupan jantung ibu menjadi musik terindah yang mnemani adik di sini ..

Bulan 2: Bu , adik dah boleh merasa jari jemari , disini terasa hangat bu , nanti kalau adik dah keluar , ibu janji nanti kita main sama2 ye ..

Bulan 3: Bu , biar pun adik blm
tau jenis jantina adik , tp apapun adik harap ibu & ayah bahagia apabila adik dilahirkan .. Jgn menangis ya bu , kalau ibu mnangis , adik juga ikut menangis ..

Bulan 4: Bu .. rambut adik dah mula tumbuh , adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri dan kanan ..

Bulan 5: Bu .. tadi jumpa dokter ya , doktor cakap apa ..? Αpa benda D&E tu bu .? Αdik tak kan di apa-apa kan ya bu ..?

Bulan 6: Ibu jumpa dokter tu lagi ya ..? Bu ,tolong bagi tau doktor tu , adik di sini sihat-sihat je ..! Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam ..? Benda tajam tu mula memotong rambut adik , bu tlong adik , adik takutt .. Benda tajam tu pula memotong kaki adik , sakiittt bu .. Walaupun adik dah tiada kaki , adik msih ada tangan yg boleh memeluk ibu .. Bu, kenapa benda itu skrg memotong tangan adik , ibu tolong adik .. Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu .. Tapi , biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki , adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman ibu , mendengar suara ibu , tapi .. Benda itu skrg sdh mula memotong memutuskan leher adik , ibuuuuuu .. Maaf bu .. Beri lah adik kesempatan hidup , adik syg ibu , adik teringin nak memeluk ibu ..

Bulan 7: Bu , adik di sini sihat-sihat je, adik dah berjumpa dengan Tuhan di Syurga , Tuhan telah mengembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong benda tajam itu , Tuhan telah menyuruh bidadari menjaga , memeluk , memegang tangan , menggendong adik dgn lembut , dan lalu Tuhan membisikan memberi tahu apa itu D&E .. Kenapa ibu tetap melakukannya ..? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik ..? Αpa salah adik bu ..? Ibu bertaubat ya , semoga Tuhan menempatkan ibu di sini , nanti kita main-main disini , dan jangan lupa , ajak ayah juga ya bu .. ♥

* terlalu cepatkah seorang bayi yang belum smpat di lahirkan ke dunia ini mendapatkan perlakuan sekeji itu dari ibu bapa kandungnya ..???