Daisypath Anniversary tickers

Friday, 23 November 2012

utk KAMU sayang


Pandanglah kamu pada wajahku
Lihatlah dengan matamu
Rasailah dengan hatimu
Antara kau dan aku ada ceritanya
Jarak menjauhkan kita
Tapi hati tetap bertemu
Kerana rinduku hanya padamu
Ku anyam rinduku di awan biru
Agar kau lihat agar kau tahu   
Aku sentiasa di sisimu
Dugaan datang tak ku sedari
Aku lupa seketika status diri
Mungkin Allah mahu menguji
Diberi aku dugaan sebegini
Terima kasih Ya Allah jagakan aku segera
Aku tersedar  silapku padanya
Ku tatap kembali gambarnya di dalam dompetku
Andai sahaja dia tahu perbuatanku
Masih adakah senyuman itu untukku
Aku menyesali perbuatan ku itu
Aku menanggis memohon maaf walau tidak dia dengari
Mungkin itu jalan terbaik bagi aku saat ini
Dia adalah yang terbaik buat diriku
Cuma aku yang tidak tahu menghargai
Terima kasih kerana  masih menyayangi diriku ini.
Dan maaf lah aku yang bersalah..

No comments:

Post a Comment