Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 3 April 2013

aku dan hati


orang tengah berperang dengan final exam aku ni tengah berperang dengan hati..

Sahabat...
apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,
maka buatlah dia dia supaya marah
kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.
Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,
maka ambillah dia menjadi sahabat.
Tentu kita penah dengar bukan ungkapan seperti itu
Yaa..aku pasti semua pasti pernah mendengarnya
Aku penah tersilap memilih sahabat
Kerana kelebihan aku berkawan denganya
Dan kerana kelebihannya juga aku hilang kawan
Tapi ikhlas aku katakan aku tak pernah menyesal
Mungkin inilah yang mengajar aku erti kehidupan yang sebenar
Walau sakit hati ini
Walau pedih derita ini
Walau sedih jiwa ini
Terima kasih aku ucap kan pada mereka
Air mata yang gugur ini
Hati yang membengkak dan berdarah ini
Aku pasti satu permulaan menuju kedewasaan.. :)



No comments:

Post a Comment